Dr. Toy's Tips on Selecting Children's Products

Dr. Toy's Tips in Malaysian:


Sebelum anda membeli apa jua barang permainan , periksalah produk tersebut dan menilaikannya melalui soalan-soalan berikut:

1. Adakah produk tersebut bersesuaian untuk dibeli sekarang? Adakah produk tersebut bersesuaian dengan umur, kebolehan dan keupayaan kanak-kanak? Bolehkah ia memikat minat kanak-kanak?

2. Adalah barang permainan/produk direkacipta dengan baik? Adakah ia selamat? Mungkinkah ia membawa kecederaan seperti terdapat bahagian yang tajam, senang ditelan, terlonggar atau terkeluar daripada bentuk asalnya? Adakah ia beracun? Adalah ia memerlukan rawatan rapi? Adakah produk tersebut terjamin?

3. Adakah barang permainan/produk tersebut menghiburkan? Adakah kanak-kanak menyukai dan memakainya bagi jangka masa yang lama? Bolehkah ia bertahan lasak? Adakah ia mempunyai pelbagai cara untuk bermain?

4. Adakah barang permainan memberi peluang agar memerangsangkan daya kreatif? Produk-produk yang bersesuaian dalam arena sastera, hobi, bahasa, pembacaan, muzik, pergerakan dan drama berupaya membantu mengembangkan daya imaginasi, daya pemikiran dan daya pemahaman seorang kanak-kanak.

5. Adalah produk tersebut secocok dengan penjelasan pembungkus atau sebaliknya? Ia amat menghampakan jikalau barang permainan tersebut tidak memenuhi iklan yang ditayang dan penjelasan atas pembungkus. Adakah julat umur bagi permainan tersebut ditulis dengan jelas?

6. Adakah produk mengajar? Bolehkan produk tersebut membantu meningkatkan keyakinan diri, nilai diri, persefahaman dan kepekaan terhadap kebudayaan? Adakah ia memberi latihan atas kesinambungan mata dan tangan, atau kemahiran tangan? Adakah produk membantu mengajar cara-cara berkomunikasi? Adakah ia mengembangkan daya pemahaman terhadap alam sekitar, sosial dan negara? Adakah ia mengajar atau melatih keupayaan berkomputer?

7. Adakah alat permainan tersebut mampu dibiayai? Adakah harga tersebut berpatutan dengan nilai barangan yang diterima?

8. Adakah produk tersebut membosan atau mencabarkan? Adakah produk tersebut membantu kanak-kanak untuk memikir, memperlajari sesuatu yang baru, mempraktik atau boleh cuba-mencuba untuk memperolehi sesuatu yang bermanfaat? Atau, adakah ia terlalu susah untuk digunakan oleh kanak-kanak. Walau bagaimanapun, produk tersebut mungkin sesuai bagi sesuatu aktiviti, projek, hobi tertentu atau ia hanya setakat untuk permainan sahaja. Bermain bersama dengan ahli keluarga adalah salah satu bahagian yang penting dalam kehidupan kanak-kanak.

9. Adakah barang permainan tersebut memelihara perkembangan kanak-kanak? Bolehkah kanak-kanak menggunakannya sendiri? Bolehkah mereka berdikari melaluinya? Bolehkah produk tersebut membantu kanak-kanak melepaskan emosi, memberi kasih sayang kepada orang lain atau mempunyai cara interaksi yang positif? Adakah produk tersebut mengandungi unsur kekejaman, sex atau unsur-unsur negatif yang tidak sesuai?

10. Adakah barang permainan itu menyeronokkan? Bolehkan kanak-kanak menikmati keseronokkan semasa bermain barang permainan tersebut? Adakah ia menggelakkan? Meringankan beban? Mempersonakan? Tujuan bermain adalah untuk memperolehi keseronokan. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan senang dipelajari jikalau ia menyeronokkan.

Translation by Yew Kam Keong. Thank you!


MAIN INDEX

 (c) 1995, 1996, 1997, 1998, 1999 Stevanne Auerbach, Ph.D. San Francisco, CA.
This material may not under any circumstances be resold or redistributed for compensation of any kind without prior written permission from the author.
Classic '98 Best Vacation '98 Best Products '98 Company Links Dr. Toy's Rx.